Tuesday, January 25, 2011

Rasuk.........

Rasukan....perkataan yang menyeramkan.Itu berkaitan dengan sesuatu yang dipanggil makhluk halus yang dipanggil hantu,iaitu bangsa jin.Rasukan berlaku kerana beberapa faktor.Antaranya:

  1. mempunyai saka.saka bermaksud khadam dari jenis jin mempunyai ikatan dengan ahli keluarga yang sebelumnya seperti ayah ,datuk atau moyang demi kesenangan diri dan keselamatan keluarga.apabila orang yang memiliki khadam ini mati,khadam inilah yang akan mencari tuan baru untuk berkhidmat.inilah yang dipanggil saka.
  2. tidak menjaga adab dan tatasusila.contohnya,membuang sesuatu yang panas ke dalam lubang .membuang ke atas tanah sesuatu yang panas,berteriak di sungai,membuang najis di tempat seperti air yang bertakung(kalu air dalam mangkuk jamban tak pe),kencing di dalam lubang ,meninggalkan zikir di tempat perkuburan. Kerana tempat tempat ini merupakan tempat jin tinggal.bayangkan tempat korang yang diganggu,mesti marah kan.
  3. masalah jiwa dan emosi.jin atau syaitan selalu mengambil kesempatan terhadap manusia yang menghadapi tekanan jiwa dan lemah semangatnya.Itu merupakan salah satu pintu kemasukan jin untuk merasuk seseorang.apabila jiwa kosong akibat putus cinta,putus harapan,tekanan hidup ,masalah yang bertimbun,dan lain lain perkara negatif lain mendorong golongan jin untuk merasuki seseorang.akhirnya,timbullah dorongan untuk membunuh diri,membunuh orang lain dan nbanyak lagi perkara negatif yang memudaratkan diri.
  4. meninggalkan suruhan agama.contohnya meninggalkan solat dan zikir kepada Allah.solat dan zikir merupakn pendinding yang paling kuat untuk mengelak kerasukan.salalu ingatkan Allah,berzikir dan bermunajat dalam mengelakkan diri daripada gangguan.
video ini menunujukkan cara perubatan islam.

demikian adalah beberapa faktor kerasukan.kerasukan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja sekiranya jiwanya kosong dan tidak menitik beratkan suruhan agama.jika terkena pulak ,jangan gatal hati nak berubat kat bomoh yang ternyata khurafat.berubatlah dengan  ustad -ustad dan berubatkan menggunakan ayat ayat alQuran.ITU ADALAH JALAN YANG PALING SELAMAT DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.

No comments: