Monday, June 27, 2011

Jangan percaya 100%,simpan 10 peratus untuk prasangka...

Secara jujurnya,tak da sorang pun yang bergelar manusia yang jujur  100%.Inilah hakikat kehidupan yang terpaksa kita telan mentah2.Tipu mungkin untuk tujuan kebaikan,tapi kebanyakkannya keburukkan.Ditipu kawan,ditipu kekasih,dan seumpamanya,kadang2 juga kita perlu simpan 10 % prasangka.Tak banyak cuma 10 %.Mungkin !0 peratus ini boleh menyelamatkan anda dari ditipu mentaH2.Sedangkan haiwan pandai menipu,jangankan pula manusia.Haiwan menipu untuk terus hidup.Manusia pulak?
Ada orang kata bohong sunat?tak da nya istilah bohong sunat.Ada dua situasi tantang tipu nie.Untuk yang jahat dan untuk yang baik.Kenapa ada 2,untuk yang jahat mungkin untuk menselesakan dirinya dari ditimpa masalah yang sebenarnya bukan masalah pun,Saja nak menunjuk dan akhirnya KANTOI.Yang kedua tipu baik.Yang nie  wajib kita tipu.,Situasinya,kalau seseorang tu dikejar penjahat,dan orang tu sembunyi.,dan kebetulan pula kita tahu,tak kan lah kita nak gitahu tempatnya.Matilah orang tu nanti.
Setakat tulah luahan rasa hatiku...Wah wah wah...bermadah pulak.Hapuskan ilusi cari KONKLUSI....

Thursday, June 23, 2011

Panasnya hari....

Entri hari nie nak merapu sikit.Tak idea ......panas je.Dah berapa hari dah asyik panas.Sebelum nie asyik hujan.kalau dulu tak pakai kipas angin pun tak pe.Sekarang hari2 pakai kipas angin.Apa2 pun nie ujian tuhan.Reda je dengan ujian tuhan.Sebagai makhluknya kita pasrah je.mungkin ada hikmah yang tersembunyi.Baiklah ,tu saja untuk entri kali nie....Tengoklah video nie sebagai santapan mata....





Tuesday, June 21, 2011

Pernah anda bersyukur?

Sila baca dengan khusyuk cerita di bawah:
Pada suatu hari,ada tiga orang sahabat berjalan2 di sebuah desa.Mereka Jalan hingga ke hujung kampung di mana terletaknya sebuah air terjun.Mereka bercadang untuk mandi.Tiba2 seorang daripada mereka secara tidak sengajanya terjumpa sebuah teko ajaib.Lalu dibawa teko ajaib  kepada kedua2 rakannya.Seoarng dari kawannya berkata"apa kata kiat gosok teko ni?Macam lam cerita aladin tu..."Mereka bersetuju dengan pendapat rakannya itu.Lalu digosok teko ajaib tersebut.
Lalu keluarlah seorang jin yang berbadan amat besar dan menggerunkan."Siapa yang gerakkan aku"
jin itu pun memberitahu mereka"sesiapa yang mengeluarkan aku dari rumah ini,aku akan menunaikan hajat mereka.."setelah didengar akan pemberitahuan jin tersebut,mereka berfikir akan hajat masing masing.Seoarang dari rakannya berfikir"Aku nak jadi tinggi.Sebab aku rendah."..... Rakan yang kedua pun berfikir"Aku nak jadi lebih rendah kerana kau terlalu tinggi"   dan rakan yang terakhir pun berfikir"aku nak jadi putih,,sebab aku terlalu hitam."
Lalu mereka membuat hajat mereka.Dalam sekelip mata bertukar mereka kepada sesuatu yang mereka hajatkan.Tetapi apa yang mereka hajatkan tidak seperti yang difikirkan.rakannya yang ingin menjadi tinggi menjadi terlalu tinggi lebih tinggi dari pokok di hutan itu.Seorang lagi terlalu pendek sependek aras lutut.Dan seorang lagi menjadi terlalu putih sehingga menjadi menakutkan.
Jin tersebut pun berkata"wahai manusia,itulah lumrah kamu tidak cukup dengan apa yang ada.Tuhan dah jadikan begitu ,redalah dengan ketentuannya.Sekarang,terimalah balasan kamu..jadilah begini selama 3 tahun.."



Cerita di atas tak de kena mengena dengan peristiwa sebenar ye.Jadi renungkanlah cerita tu den koreklah pengajarannya.Selamat membaca.....

Monday, June 20, 2011

BUANG SEKOLAH.....

Sedar tak sedar dah terlepas aku dari kongkongan sekolah.Tahun lepas dah bermula kerjaya sebagai seorang GSTT walaupun tak lama pun.Cuma tahun lepas je.Tahun nie belum panggil lagi.Ha,entri kali nie ada kaitan dengan sekolah.Pernah dengar tak hukuman BUANG SEKOLAH....pastinya semua pernah dengar kerana semua pernah bersekolah bukan ?Pengalaman setahun menjadi GSTT membuka sedikit kesedaran tentang menjadi seorang guru.Bukan susah dan bukan juga senang.
BUANG SEKOLAH,Hukuman yang dikenakan kepada pelajar bermasalah di sekolah.Memang tak dapat disangkal lagi,pelajar yang bermasalah menyusahkan pihak sekolah.Tapi adakah tindakkan bunag sekolah ini sesuatu yang releven?Releven kah buang sekolah?
Bagi aku hukuman nie bukan nya membantu,tapi menyebarkan lagi masalah disiplin.Mana tidaknya,seorang pelajar yang bermasalah dibuang sekolah ke sekolah yang baru dan pelajar tersebut pula mula mempengaruhi atau dipengaruhi oleh pelajar sekolah lain pulak.Bukan kah ni akan menyebabkan tersebarnya lagi masalah disiplin dan salah laku.Dan bila mereka membuat kesalahan pula mereka dibuang sekolah ke sekolah lain pulak.Bukan kah masalah ini terus-menerus?
Buang sekolah bukan satu satunya jalan penyelesaian yang ada.Banyakl alternatif lain.Adakan progarm kesedaran bagi pelajar yang bermasalah.Jangan singkirkan mereka daripada pandangan para pendidik.Dekati mereka,fahami mereka.Dan janga sekali2 terlalu cepat buruk sangka terhadap pelajar yang bermasalah.Mereka takkan bermasalah jika mereka tiada masalah.Aku diinspirasikan oleh pengetua sekoah aku di tingkatan 6 dahulu.Beliau mengambil pendekatan berkawan dengan pelajar.Ibu bapa pulak janganlah lepas tangan.Kerana segalanya bermula dari rumah.
Panjang pulak entri kali nie...entri nie cuma pandangan dan pendapat sahaja ok.Tak de kaitan kat sesiapa pun.W.salam...Nie ada video buat santapan mata...selamat menonton...

Sunday, June 19, 2011

Bersenam susah ke???

Assalamualaikum...entri kali nie berkenaan denagn senaman pulak.Tuan punya blog pun baru je nak masuk serius tentang bersenam nie.Haha...baru bermulalah katakan selepas badan dah naik sikit nie...Jangan tak mula.
Apa pentingnya senaman nie?
Dulu aku pun tak ambik kira pasal senaman nie...Tapi satu hari terdetik pulak  kat hati,,sampai bila pulak nak berisi macam nie.Badan makin naik.Aku pernah lah pergi urut refleksologi kat satu kedai tu.Kat situl;ah aku tahu tentang kesihatan badan nie.Banyak yang diabaikan seperti mesti minum air banyak2,jangan makan mee kuning banyak sangat,banyak kolestrol,selalu makan sayur dan yang paling penting,selalu bersenam.Kerana waktu muda nie lah masanya nak membina kecergasan di waktu tua nanti.Mungkin kita pernah tengok sesetnagh orang awet muda.Kerana merekan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan suka bersenam.'Al Akli salem fi jismi Saleem' Maksudnya otak yang cergas dari badan yang cergas.
Tapi susah sangat ke bersenam,,,Itu mentaliti kebanyakkan  orang.Kiranya konsep tu boleh diluaskan lagi.Bersenam nie tak semestinya kiat perlu BERJOGING setiap hari ataupun angkat PEMBERAT setiap hari.Asal ada pergerakkan yang membuat kita berpeluh,itu sudah kira senaman.Contoh yang paling mudah ialah berjalan kaki.itu lah senaman yang paling mudah.Nabi Muhammad SAW sendiri pun suka berjalan kaki dan antara kesukaan baginda.Berjalan kaki juga dikira senaman yang senang untuk diamalkan.Jangan lah syik guna motosikal.Kalau soping ke,letak motosikal ataupun kereta jauh jauh supaya bagi peluang kaki untuk menjalankan tugas.Nanti satu hari ditakdirkan dikejar oleh anjing,kan berat je rfasa kaki nak berlari.Berdasarkan pengalaman..hehe..
Begitu sajalah untuk entri kali nie.Semau nya dapat asal kita mahu...Boleh bah kalau kau...Nikmatilah santapan minda nie...W.salam.


'Aku tak Bodoh" best.

Assalamaualaikum.Panas je cuaca 2 hari nie,bagus untuk minum cola dan jus nie..haha.Setelah sekian lama mencari,dapat juga tengok cerita Aku tak bodoh kat you tube.Kalau carik cd @ dvd memang tak de jual cerita tu.Apa yang penting,Cerita tu memang tersangatlah best Walaupun diadaptasi dari sebuah filem 'I not stupid'.Bagi 4 bintang lah.
Filem nie penuh dengan mesej kekeluargaan di samping mensisipkan unsur humour ,sedih,isu semasa dan sindiran2 yang menyedarkan.Bagi ibu bapa atau bakal bergelar ibu bapa tengoklah cerita nie.Filem nie jugak menekankan betapa pentingnya institusi kekeluargaan dalam membentuk generasi masa depan..Alamak,bersyarahan la pulak..hehe.Tengok lah sebahagian filem Aku tak bodoh nie....Selamat menonton..

Monday, June 13, 2011

Al Ain...dan bahayanya...







Pernah atau tidak dengar istilah Al Ain ,al Ain adalah pandangan mata jahat yang datangnya dari mata.Sebab itu lah adanya pepatah dari mata turun ke hati.Pandangan mata jahat terjadi apabila seseorang memandang sesuatu dengan penuh nafsu tanpa mengingat akan Allah.Contohnya,si A melihat kecantikan ataupun kekacakkan si B.Secara tidak langsung,si A telah mengenakan Al Ain ataupun pandangan mata jahat ke atas si B.Pandangan mata jahat memang di akui oleh Rasullullah SAW.Spertimana yang diriwayatkan oleh Aisyah R.A maksudnya 'mintalah pertolongan daripada Allah daripada Al Ain kerana al Ain adalah benar.Dan riwayat Muslim 'Al Ain adalah benar,jika ada sesuatu yang mendahului qadar,ia didahului oleh Al ain.Apabila kamu diminta mandi,maka mandilah.'

Al ain boleh merubah seekor unta yang gemuk dan sihat menjadi unta yang sakit,kurus dan tidak bermaya.Begitulah bahayanya al Ain.Dan jika hendak asyik melihat sesuatu seperti sesuatu yang cantik,comel ataupun menimbulkan rasa kagum,Lafazkan zikir kepada Allah.Seperti Subhanaullah...ucapkanyya ketika mengkagumi sesuatu yang dilihat.Minta pelindungan  Allah kerana Allah maha berkuasa.

berikut adalah beberapa tip mencegah atau menhindari pandangan mata jahat.:

Memohon perlindungan kepada Allah daripada kejahatannya
Menjaga perintah Allah dan meninggalkan larangannya
bersabarf keatas orang yang dengki dan memaafkannya.
Tawakal  kepada Allah
Tidak takut kepada orang yang dengki dan tidak menyibukna diri memikirkannya.



Berikut adalah tip bagi mengelak Al Ain.Ingat ,pandangan mata bukan sahaja boleh masuk kedalam hati,ianya boleh juga memudaratkan diri.Mintalah perlindungan kepada Allah....Sekadar perkongsian fakta.Dan ambillah sebagai pedoman.Wassalam,.

Monday, June 6, 2011

Mentos & Cola resepi hebat...

Apa pulak entri kali nie.....Mentos &cola resepi hebat?Hebat ke?Dan apa pula lebihnya cola & mentos nie? Tahukah anda? Dan nak tahukah anda?

Cola campurkan dengan mentos...adalah satu campuran yang mengakibatkan tindak balas kimia bila dicampurkan ,akan menghasilkan letusan yang besar.Kalu tak caye...boleh beli sebotol atau setin cola dan mentos yang asli yang bukannya berperisa buah...Pasti hasilnya adalah sesuatu yang menarik..:)

Dan harap makluym bahawa letusan nie bukannya mengeluarkan api,,,,tapi cuma menghasilkan letusan saje....tak yah lah cuba nak letuskan orang pulak ye...TAPI jangan minum pulak campuran nie..bukannya perut yang pecah,,takut gas2 yang dibebaskan ketika di dalam perut memberi effect kurang selesa dalam badan...

Dan ada juga yang mendakwa campuran nie dapat MEMECAHKAN perut,,,,,dakwaan nie disangkal oleh sebuah rangcangan television barat 'MYTHBUSTER"...

Tu sajalah untuk entri kali nie...selamat mencuba experiment nie....

Friday, June 3, 2011

1 Rejab 1432 Hijrah.....

Assalamualaikum,,,,kalau entri terdahulu cakap pasal 1 jun...Skrang 1 rejab pulak......Terlebih dahulu salam satu Rejab kat semua ...Bulan Rejab adalah bulan ke 7 dalam kalender Hijrah..Cuba kira balik.....:)...Bulan depan dah bulan Syabaan...Tandanya....tak lama lagi nak Puasa....:)

Wednesday, June 1, 2011

1 JUN....

Selamat 1 jun......Dah pun berlepas bulan Mei...Masuk bulan jun.....Sekejap kan masa berlalu........Pejam celik dah sampai pertengahan tahun.....Memang tak berasa...Apa  istimewanya bulan nie....>>>
Sudah semestinya bulan nie bermulanya cuti sekolah pertengahan penggal 1....Best bagi budak skolah....bagi orang yang dah besar.....biase2 je....tak de apa yang best pun.....Sama je......Waktu ni lah banyak orang balik kampung termasuklah my father n mother termasuklah mya adik bongsu.....Sorang je tinggal kat rumah jadi penjaga rumah kat sini ditemani oleh Kucing kesayangan....Apa yang best nye bulan nie....
Bulan nie merupakan perayaaan gawai dayak yang disambut oleh semua kaum dayak seperti iban,kadazan,bidayuh,dan lain2 lagi...Bermulanya satu jun.Kalau tak caya,,,,tengoklah kalender,,,,,:)
Satu lagi yang istimewa bulan nie ialah kelahiran yang di Pertuan Agong Malaysia..Kalau tak caya juga...tengoklah kalender.....
Tu saje lah untuk masa nie...Sebagai pembuka kata bulan 7......Bye dAn Wassalam....