Monday, June 13, 2011
Al Ain...dan bahayanya...
Pernah atau tidak dengar istilah Al Ain ,al Ain adalah pandangan mata jahat yang datangnya dari mata.Sebab itu lah adanya pepatah dari mata turun ke hati.Pandangan mata jahat terjadi apabila seseorang memandang sesuatu dengan penuh nafsu tanpa mengingat akan Allah.Contohnya,si A melihat kecantikan ataupun kekacakkan si B.Secara tidak langsung,si A telah mengenakan Al Ain ataupun pandangan mata jahat ke atas si B.Pandangan mata jahat memang di akui oleh Rasullullah SAW.Spertimana yang diriwayatkan oleh Aisyah R.A maksudnya 'mintalah pertolongan daripada Allah daripada Al Ain kerana al Ain adalah benar.Dan riwayat Muslim 'Al Ain adalah benar,jika ada sesuatu yang mendahului qadar,ia didahului oleh Al ain.Apabila kamu diminta mandi,maka mandilah.'
Al ain boleh merubah seekor unta yang gemuk dan sihat menjadi unta yang sakit,kurus dan tidak bermaya.Begitulah bahayanya al Ain.Dan jika hendak asyik melihat sesuatu seperti sesuatu yang cantik,comel ataupun menimbulkan rasa kagum,Lafazkan zikir kepada Allah.Seperti Subhanaullah...ucapkanyya ketika mengkagumi sesuatu yang dilihat.Minta pelindungan Allah kerana Allah maha berkuasa.
berikut adalah beberapa tip mencegah atau menhindari pandangan mata jahat.:
Memohon perlindungan kepada Allah daripada kejahatannya
Menjaga perintah Allah dan meninggalkan larangannya
bersabarf keatas orang yang dengki dan memaafkannya.
Tawakal kepada Allah
Tidak takut kepada orang yang dengki dan tidak menyibukna diri memikirkannya.
Berikut adalah tip bagi mengelak Al Ain.Ingat ,pandangan mata bukan sahaja boleh masuk kedalam hati,ianya boleh juga memudaratkan diri.Mintalah perlindungan kepada Allah....Sekadar perkongsian fakta.Dan ambillah sebagai pedoman.Wassalam,.
Labels:
Agama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

2 comments:
Singgah & follow awk :)
tq follow....nanti follow balik....:)
Post a Comment