Sedar tak sedar dah terlepas aku dari kongkongan sekolah.Tahun lepas dah bermula kerjaya sebagai seorang GSTT walaupun tak lama pun.Cuma tahun lepas je.Tahun nie belum panggil lagi.Ha,entri kali nie ada kaitan dengan sekolah.Pernah dengar tak hukuman BUANG SEKOLAH....pastinya semua pernah dengar kerana semua pernah bersekolah bukan ?Pengalaman setahun menjadi GSTT membuka sedikit kesedaran tentang menjadi seorang guru.Bukan susah dan bukan juga senang.
BUANG SEKOLAH,Hukuman yang dikenakan kepada pelajar bermasalah di sekolah.Memang tak dapat disangkal lagi,pelajar yang bermasalah menyusahkan pihak sekolah.Tapi adakah tindakkan bunag sekolah ini sesuatu yang releven?Releven kah buang sekolah?
Bagi aku hukuman nie bukan nya membantu,tapi menyebarkan lagi masalah disiplin.Mana tidaknya,seorang pelajar yang bermasalah dibuang sekolah ke sekolah yang baru dan pelajar tersebut pula mula mempengaruhi atau dipengaruhi oleh pelajar sekolah lain pulak.Bukan kah ni akan menyebabkan tersebarnya lagi masalah disiplin dan salah laku.Dan bila mereka membuat kesalahan pula mereka dibuang sekolah ke sekolah lain pulak.Bukan kah masalah ini terus-menerus?
Buang sekolah bukan satu satunya jalan penyelesaian yang ada.Banyakl alternatif lain.Adakan progarm kesedaran bagi pelajar yang bermasalah.Jangan singkirkan mereka daripada pandangan para pendidik.Dekati mereka,fahami mereka.Dan janga sekali2 terlalu cepat buruk sangka terhadap pelajar yang bermasalah.Mereka takkan bermasalah jika mereka tiada masalah.Aku diinspirasikan oleh pengetua sekoah aku di tingkatan 6 dahulu.Beliau mengambil pendekatan berkawan dengan pelajar.Ibu bapa pulak janganlah lepas tangan.Kerana segalanya bermula dari rumah.
Panjang pulak entri kali nie...entri nie cuma pandangan dan pendapat sahaja ok.Tak de kaitan kat sesiapa pun.W.salam...Nie ada video buat santapan mata...selamat menonton...
2 comments:
yep! totally agreed! sepatutnya pelajar bermasalah perlu diberi perhatian untuk dibentuk! dididik! bukan dibuang sekolah. tok nak alah2..asal bermasalah, gantung skolah. buang sekolah. dah sidak dibuang sekolah, apa oleh sidak.?? lu pikirla sendri!
Yes...agree bnar3,,,,:)
Post a Comment