Mesti ramai individu yang menginginkan susuk tubuh yang cantik dan menjadi pujian orang.Dan tentu menyebabkan tekanan bagi yang berbadan comel kerana sering dipandang rendah oleh orang lain.Oleh itu,wujud perasaan ingin berdiet agar dapat menghakis rasa rendah diri dan membentuk susuk tubuh yang menarik.Tekanan ini sangat baik supaya orang yang menghadapi masalah badan supaya berusaha memsatikan badan sentiasa fit.Tapi boleh juga menjadi negatif jika cara berdiet yang salah diamalkan.Berikut adalah amalan yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan:
Yang boleh dilakukan
- Olahraga :Lakukan olah raga sekurangnya 30 minit setiap hari.Olah raga terpulang kepada anda.Antara olahraga yang boleh diamalkan seperti joging,berjalan kaki,aerobik,sit up,latihan senaman yang bersesuaian,reakreasi bersama keluarga dan lain2.Kalau tidak ada masa,cukuplah dengan berjalan dengan pantas atau gunakan lebih kerap tangga daripada lif.Itu pun senaman juga namanya.
- Makan ikut waktu : berdiet bukan beerti tidak makan langsung.Itu adalah tanggapan kuno.Jangan amalkannya lagi.Pakar pemakanan mencadangkan 5 hingga 7 kali mengambil makanan yang ringan untuk membantu meningkatkan metabolisme badan .Dan paling penting jangan skip 3 menu diet utama iaitu sarapan ,makan tengah hari,dan makan malam.Kalau badan tak ada tenaga,bagaimanan nak membakar lemak.
- Ajak orang terdekat makan bersama: libatkan orang yang terdekat.Pilih menu yang seimbang dan sihat.Dengan itu dapat menghasilkan perisai kepada diri sendiri supaya tidak terlebih mengambil makanan.
- Makan makanan yang sihat : Kalau nak sihat,mestilah makan makanan yang sihat.Jangan main koboi je.Ambil makanan yang berkhasiat dan elakkan makan yang sudah berproses.Dah tak asli.Gantikan keropok ,gula2 atau apapun makanan ringan dengan buah atau yang menyihatkan.
- Sentiasa lebih kreatif : Menjadi kreatif dalam penyediaan makanan yang kamu makan.Mestilah akan jemu kalau asyik makan bubur ke sepanjang masa.Pelbagaikan masakan.Jadilah seperti seorang chef yang kreatif.
Hindari
- Meninggalkan terus makanan kesukaan : Itu bukan berdiet,itu menyiksa diri namanya.Bukan sahaja menyiksa diri,,malah usaha diet kamu sia sia kerana keinginan untuk memakan makanan yang disukai semakin tinggi.Boleh memanjakan diri untuk memakan makanan yang disukai seminggu sekali.Tapi jangan lupa workout pastu.
- Menyerah dan mengalah :Jangan sesekali menyerah sebelum bertempur.sia sia saja usaha anda sekiranya anda berputus asa ditengah jalan.Ambil sesuatu sebagai motivasi.Contohnya pupuk sikap cemburu terhadap rakan yang mempunayi susuk tubuh yang cantik dan berusaha untuk jadi lebih baik.Jangan sekali2 berputus asa.
- Stress : Tekanan itu bagus.Ia akan terus memotivasikan diri.Dan ianya menjadi negatif sekiranya dilakukan dengan cara yang salah seperti pengambilan pil diet.Pil diet tidak bagus diamalkan kerana dikuatiri memberi kesan sepada hati dan buah pinggang.Cari pakar dalam diet .Minta nasihat dan tunjuk ajar daripada pakar.
- Diet yang terlalu ketat :Berdietpun ada batasannya.Seperti sebuah komputer yang tidak berhenti berjam2.Mestilah rosak.Begitu juga badan,jika terlalu memaksa akan mengakibatkan kulit berubah pucat dan kuku jadi rapuh.Itu petanda anda mengamalkan diet yang salah.
Berdiet memang dianjurkan tetapi biarlah dengan cara yang betul.Jangan salah cara,nanti badan binasa.Pengambilan air yang banyak juaga penting kerana air meningkatkan metabolisme badan.Senang kata minumlah air 2 botol, besar sehari.Efek pun tak de.Tapi Jangan pula sekali gus.Perut kembung pulak nanti.
*Nak jadi sampai macam nie ke???
P/S :Cara paling mudah ikut piramid makanan ni.



No comments:
Post a Comment