Entri kali ini menyentuh tentang etika makan dalam islam.Pasti soal pemakanan juga dititikberatkan dalam Islam.Hallallan Toiban..halal lagi baik.Kalau dah halal makanan ,maka semuanya selamat untuk dimakan.
Selain dari sumber halal,cara penyediaannya mestilah halal juga.Contohnya,seekor lembu mestilah disembelih ikut cara yang betul mengikut syarak dan mestilah seorang islam yang cukup syarat menyembelihnya.Kalau seekor ayam disembelih oleh bukan islam,haram untuk muslim memakannya.Walaupun ayam itu halal,tapi cara penyediaan tidak betul,haram juga jadinya.
Antara syarat penyediaan makanan:
- Penyembelih binatang yang dimakan spt ayam,lembu dan lain2 lagi hendaklah disembelih secara Islam dan bersih.
- Jika sudah disembelih secara Islam,hendaklah basuh dengan cara mengalirkan air pada sembelihan tersebut.
- Cara memasaknya hendaklah sesuai dengan cara yang betul ,agar makanan itu dimasak dengan sempurna dan tidak mentah.
- Jika menyediakan makanan daripada sayuran,sayuran itu hendaklahdibersih dengan mengalirkan air diatasnya.
- Baca Bismillah :Membaca Bismillah sebelum makan dan Alhamdulillah selepasnya.Ingat,makan yang tidak disertai Bismillah akan disertai oleh Syaitan.
- Tidak makan berlebihan : Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud "Tidak ada bekas yang diisi oleh anak Adam lebih keji daripada perut.Cukup bagi anak Adam dengan beberapa suap untuk membetulkan tulang belakangnya.Dan sekiranya ia terpaksa melakukan juga,maka satu pertiga untuk makanan,satu pertiga untuk minuman,dan satu pertiga untuk nafasnya."(H.R :Tarmizi )
- Makanan yang berkhasiat :Ibnu Qaiyium menyatakan bahawa Rasulullah SAW makan makanan yang kebiasaanya dimakan oleh orang2 setempat ,berbentuk daging,buah-buahan,susu,roti ,tamar dan lain2 .
- Duduk dengan betul ketika makan : duduk dengan betul ketika makan akan membantu proses penghadaman seseorang.Abu Huzaifah r.a berkata sabda Rasullullah SAW "Aku tidak suka makan dengan bersandar."
- Minuman :Ibnu Qaiyum berpendapat bahawa dalam satu minuman terhimpun padanya kemanisan asli dan kesejukkan air,adalah di antara minuman yang paling bermanfaat untuk badan.
- Makanan :Antara disiplin makanan yang disaran oleh Rasulullah iaitu tidak mencampurkan susu dengan ikan,di antara susu dengan makanan yanag mempunayai bahan asid,,di antara makanan yang mempunyai unsur panas diantara susu dengan telur,diantara daging dengan susu,di antara makanan yang dipanggang dengam api dengan makanan yang dimasak seperti biasa.
- Dilarang tidur selepas makan :Sebauh hadis menyentuh perkara ini :"Rasulullah SAW melarang tidur selepas makan dan sesungguhnya perbuatan tersebut mengeraskan hati."(HR :Abu Nuaim)
- Jangan minum dengan satu teguk : Rasulullah bersabda dengan bermaksud "Jangan kamu minum dengan satu teguk seperti cara meminumnya unta .Akan tetapi minum dengan dua atau tiga teguk dan sebutlah 'Bismillah' bila kamu minum dan pujilah 'Alhaamdulillah 'bila selesai minum." (HR :Tarmizi)
- Menjilat jari selepas makan :Kaab bin malik meriwayatkan bahawa :"Rasullullah SAW memakan sesuatu dengan menggunakan tiga jari dan baginda menjilat jari -jarinya sebelum mengesat tangannya."
- Mula dan selesai makanan dengan garam :Saidina Ali ada menegaskan amalan memulai dan mengakhiri makan dengan garam boleh mengelakkan dan menghilangkan 70 jenis penyakit.
- Makanan atau minuman yang terlalu panas dan terlalu sejuk :"Rasulullah SAW melarang makan makanan panas kecuali pada kadar yang boleh dimakan (suam)."(HR :Tarmizi)
- Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang : Rasulullah SAW bersabda dengan maksud :"kami adalah umat yang tidak makan kecuali apabila lapar dan apabila makan tidak sampai kenyang (berhenti sebelum kenyang)


No comments:
Post a Comment