Pastinya semua pernah dengar tentang surat berantai.....mesti semua tahu kan apa tu surat berantai.Bagi yang tak tau,ni nak bagi tau,,surat berantai ni adalah satu jaringan pemberitahuan tentang sesuatu perkara bermula dari satu sumber.Contohnye lah,si A diberi satu surat.Dalam surat tu diminta si A memberi risalah tersebut kepada orang lain.Dan selepas itu di pasing lagi kepada orang lain.Dulu memang popular dengan surat berantai.Macam kes kat skolah aku dulu,ada satu surat berantai menyuruh orang supaya menyebar surat tersebut sebanyak 10 salinan dan bagi kepada semua orang.Dan rantaian tu terus berkembang.Kalau berjaya mengirim salinan tersebut,kita akan menerima satu nasib yang amat baik.Jika kita abaikan pula,dapat bala lah pulak.Pernah tak korang terima surat macam ni...SILA ABAIKAN YE.....
Sekarang surat macam tu dah upgrade dah...tak pakai surat lagi dah,pagai sms lagi tu.Ada satu sms yang dingat oleh aku sampai ke hari ini,sms tu berbunnyi mcm ni lah awas kepada pengguna telefon,jangan mengangkat nombor yang mana tidak bernama dan berwarna merah.Ada pulak lagi tu,nombor cari tumbal.sapa tak bagi kat orang lain peringatan tu,mak dia pulak jadi tumbalnya.Persoalannya,kenapa mesti percaya...dan sekali lagi,SILA ABAIKAN MESEJ TERSEBUT....
Kenapa aku suruh abaikan,kerana semua tu dah masuk perkara yang menggoyahkan akidah dan kepercayaan korang.jangan sekali2 percaya.Tanya kepada orang yang ahli dalam bidang agama tentang penyataan sebegini.Dulu aku pernah tanya dengan Ustazah kat sekolah aku dulu,aku bagi surat tu ,nak tahu apa tindakkan dia,dia KOYAKKAN surat tu.Dia kata buat apa percaya dengan pernyataan yang tiada asasnya.Jadi,yang penting di sini,kuatkan iman dan akidah dalam hati.Percaya semua yang terjadi atas kehendaknya.
Satu lagi,kalau korang layan jugak surat atau mesej tu,korang dah lakukan satu pembaziran.Ingat pembaziran tu budaya setan.Bayangkan kalau dalan mesej atau surat berantai tu mintak anda hantar kepada 20 orang,kalau kertas berapa duit yang akan dibazirkan untuk memfotostat kertas tu.Kalau sms pulak,berapa pulak kredit yang korang gunakan pulak.Kan tu membazir.Baik duit atau kredit tu buang guna dengan cara yang berfaedah.
Jadi,bersesuaian dengan tema blog ni,HAPUSKAN ILUSI CARI KONKLUSI ,janganlah percaya dengan benda macam ni ok.Banyak yang korang rugi nanti.Percayalah.Kalau nak keterangan yang lebih lanjut,tengoklah ulasan seorang ustad tentang surat berantai....
No comments:
Post a Comment