Sunday, May 8, 2011

Musuh Islam dan kita...

Pada suatu hari,seorang ustaz sedang tekun mengajar anak muridnya di dalam kelas.Hari tersebut Ustaz tersebut bersedia dengan pengajarannya.Di dalam pengajarannya hari itu,Ustad tersebut mengediakan segulung tikar dan senaskah AlQuran.Murid kehairanan dengan apa yang Ustaz mereka akan dan sedang lakukan.Ustaz tersebut menghamparkan tikar tersebut .Setelah dihampar,ustad tersebut meletakkan AlQuran di tengah-tengahnya.

"Sekarang,tugasan kamu semua ialah mengambil Al Quran di tengah2 tikar itu dan kamu dikehendaki untuk tidak memijak tikar tersebut"..arahan ustaz tersebut terhadap anak muridnya.Pelbagai kaedah dan altenatif telah dilakukan oleh para pelajar.Ada yang menggunakan tongkat, dan lain2 lagi alternanif.Setelah habis mencuba,Ustad tersebut menyelesaikan teka teki tersebut.Ustad tersebut menggulung tikar tersebut dan mengambil AlQuran tersebut dengan senang sekali.

Ustad itu pun memberi kesimpulannya.
"Begitulah ibarat agama kita,Islam begitu teguh.Tentu kamu telah sedaya upaya mengambil alQuran tersebut tanpa memijaknya bukan.Pelbagai alternatif telah kamu lakukan.Akhirnya jalan penyelasaian yang paling mudah ialah cuma menggululng tikar tersebut.Ini bermaksud,musuh agama kita tidak berupaya menyerang Islam dengan terang terangan.Kalau mereka melawan secara terang terangan,mereka akan susah.Pelbagai masalah akan mereka hadapi.Jadi jalan penyelasaiannya ialah dengan menggunakan taktik tersembunyi.Mereka menebar anasir anasir yang menyesat golongan islam sendiri yang terdiri daripada beberapa saluran seperti media,fesyan dan lain2 lagi.Mereka menyebarkan fahaman mereka melalui itu.Apabila hati umat islam menjadi goyah,senang mereka melancarkan serangan terhadap islam dengan lebih mudah.Pada ketika itu,akidah umat islam lemah kerana telah disogok dengan kefahaman musuh islam.Jadi anak-anak muridku sekalaian,berhati-hatilah dengan anasir2 musuh islam yang tersembunyi dan sungguh teliti.kita sebagai umat Islam harus teguh pegangan dan akidah kita terhadap islam.Jangan biarkan mereka menginjak kita dengan mudah"

No comments: