Tuesday, May 17, 2011

Rawatlah kakimu........



Tidak dinafikan,kaki merupakan anggota yang penting bagi kita.Di tapak kaki kita sahaja terdapat pelbagai titik saraf yang berhubung kait dengan organ dalaman badan.Ajaib kan ciptaan tuhan terhadap tubuh badan kita.Namun kaki perlu dijaga supaya ianya tidak menggangu kesihatan badan kita.

Cara menjaga kaki
Kaki letih dan lesu ;
Buat larutan garam yang terdiri daripada 2 sudu garam laut digaul dengan satu liter air panas,rendam dalam air larutan garam tersebut.Pasti kaki akan merasa lega....besttt...

Kaki pecah2 :
Hiris betik muda dan sapukan getahnya pada kaki yang pecah2.Lakukan selepas atau ketiak mandi.Selain itu tadi,satu lagi petua untuk kaki pecah.caranya sapukan tempat yang pecah2 dengan asam jawa yang telah masak kemudian tunggu sehingga kering.Lakukan setiap hari:}

Kaki melecet :

Kaki berbau :
Ini merupakan masalah yang amat besar bagi kaum adam.kaki berrbau merupakan maslah yang memalukan dan amat menganggu.Cara membuang baunya ialah dengan cara menyapu limau nipis pada kaki sebelum memakai kasut.


Kulit kaki kering :

Potong hujung timun,biarkan sampai keluar getahnya dan gosokkan hujung timun yang bergetah itu pada kaki.Lakukan berapa kali sampai berkesan.


Kulit kaki bersisik:

Gosokkan buah mengkudu yang sudah masak pada kai yang bersisik.


Itulah antara petua yang untuk semua.Jiak ada petua lain tentang rawatan kai,sila-silalah komen  ye....

Ibu bapa derhaka.............

Assalamualaikum...biasa kita dengar istilah anak derhaka.Tapi anak sahaja kah yang derhaka sekarang.Jangan terkejut,sekarang ibu bapa pun boleh diiktiraf derhaka.Derhakanya pulak macam mana?

Selalu orang mengungkit,"kenapa anak aku jadi macam nie?' "Apa salah didikan aku selama nie?" Pernah tengok anakku sazali?Itu lah contoh bapa yang derhaka yang menyebabkan anak menjadi derhaka.Dimanja sejak dari kecil dan tidak dididik dengan betul dan sempurna.Masa tidak diluang bersama anak2.Kehidupan anak tidak dipedulikan.Bila dipanggil guru besar tantang kesalahan anak2,,ibu bapa ini melenting pulak.Mempertahankan anak semaksima mungkin,walaupun anak memang terbukti bersalah.Inilah jenis ibu bapa yang derhaka dengan anak2 mereka.Persoalannya,perasankah mereka menderhaka anak2 mereka?

Apa lagi jenis ibu bapa yang derhaka,yang paling kejam dan kebinatangan ialah membuang anak mereka demi melindungi keaiban mereka.Belum sempat lagi anak menikmati udara dunia,anak dibunuh.Penderhakaan yang paling tinggi oleh ibu bapa seperti ni.Apa salahnya beri anak2 tersebut kepada persatuan anak yatim ataupun beri kepada orang yang amat memerlukan anak.Ini merupakan penderhakaan yang paling besar yang dibuat oleh ibu bapa.Apa nak jadi?Harimau pun tak sanggup membunuh anak sendiri,manusia macam mana?





Penderhakaan seperti ini memang tidak patut ada.Mungkin hukuman seperti hukuman mati memang patut dikuat kuasakan oleh kerajaan terhadap golongan ni supaya golongan masyarakat seperti ini tidak manja dengan kesenangan yang ada di negara ini.

Sunday, May 15, 2011

Dah tiada terasa sudah....

Assalamualaikum...tajuk entri kali nie,,Dah tiada baru terasa...kalu ditanya rata2 kita akan merasa perkara ini.cuba ingat betul.kadang2 kita ni kalau ada depan mata,kita buat tak endah je.Lantak je.Tak da effect.tapi kalau dah tak da,mulalah bingung mencari kepastian.Rata2 sikap kita sebagai insan memang begitu.Beberapa perkara yang kita buat tak endah tapi bila dah tak da baru terasa.Inilah antara perkara2 tersebut :

Kesihatan: memang rata2 orang abaikan pasal kesihatan.Apapun kesihatan termatlah penting untuk badan dan fikiran kita.Waktu sihat bukan main lagi berusaha untuk menyakitkan badan.Antara usaha untuk merosakkan kesihatan badan adalah dengan makan dengan menggunakan 10 perut,merokok,minum arak,aktiviti songsang dan lain lagi yang sewaktu dengannya.Bila dah sakit pulak,keluhan tak putus2.Rasa putus asa pun ada.Dan masa tu teringat sudah KAN BAGUS AKU JAGA KESIHATAN AKU DULU,ALANGKAH BAIKNYA AKU SIHAT MACAM DULU.

Duit :Ni lagi satu sesalan orang tak habis2.Masa ada duit,bukan main lagi semuanya nak redah.pasar tani,pasar borong ,shoping mall dan banyak lagi tempat untuk menempias nafsu membeli .Pantang tengok barang brand sikit,mesti dibeli ,tengok2 duit tak cukup utk makan.Biar bergaya asal papa...terbalik pulak moto nie kan.Bila dah habes duit tu,mulalah bingung sebingungnya.Nak korek kat mana,ingat duit tu boleh ditanam,dikorek dari tanah,atau turun dari langit.Bla dah takda mula lah memupuk semangat setiakawan yang erat dengan Along.Masa tu barulah tersedar...KAN BAGUS AKU BERJIMAT DULU,TAK LAH HIDUP SUSAH,,,DUIT2 MANA KAU DUIT...

Waktu lapang : Yang nie paling banyak orang buat.Masa lapang bukan main lagi buang masa.Buang masa dngan benda yang langsung tak berfaedahnye...Tengok tv 24 jam,main PS2,3,4 sampai tak inagt dunia,merayau sini sana kononya melepaskan STRESS,dan macam2 lagi alasan yang mantap.Bila cikgu sekolah tanya,"kenapa tak siap kerja ni" lalu dijawab lah pulak "TAK DA MASA CIKGU " Bila bos pulak tanya "Deadline dah nak habis ,dah siap kerja ke?' lalu dijawab "Belum lagi,mintak tangguh boleh ..." Bila kawan tanya "Ada masa tak,jom raun2 satu bandar " lalu dijawab "Aku memang banyak masa.Sampai esok pun dapat "....Tapi bila diminta perkara yang diarahkan untuk disiapkan,lalulah bingung keseorangan..KAN BAGUS AKU ADA MASA ,BOLEH AKU SIAP KERJA NIE,,,

Masa muda : Nie satu lagi pembaziran yang amat.Waktu muda,masih kua,tegap,kacak,cantik,bergaya,buat benda yang ntah apa2."Masih mudah lah,banyak masa lagi." "Rilek lah,,Uban pun belumtumbuh lagi,kita enjoy " Bila dah tua menggigil satu badan,rambut berkilat jadi putih salji,terbongkok2 ,Cucu dah 18 orang,barulah teringat dan termenung "APALAH KAU BUAT MASA MUDA DULU,KAN BAGUS AKU BUAT BENDA BEFAEDAH SIKIT"

Keluarga : Masa kecik remaja dulu, selalu merungut,keluarga tak best lah,keluarga mengongkong lah,semua nak dikomplen.Lalu besar dah bekerja.Dah bekerja pulak langsung tak de masa dengan keluarga.Kerja nombor satu,keluarga last.kalau ibu bapa suruh balik raya ada je alasan.jalan jem lah,dah tak da tiket lah,macam 2 alasan yang stenderddd...bila kehidupan pulak dah berputar,dah jadi datuk dan nenek orang ,baru terasa "ADUH,KAN BAGUS KALAU AKU LUANGKAN MASA DENGAN KELUAGA DULU.KAN DAH KENA BATANG HIDUNG SENDIRI ..."


Ada lagi sesalan sesalan lain lagi.Cuma yang ni  yang utama.Banyak orang yang menyesal bila dah takda benda tu depan mata...soalnya ...APA YANG KITA KESAL SEKARANG.....fikirlah sendiri okeyh....nie ada sikit buah tangan,tengok lah ye...

Tuesday, May 10, 2011

Suka buat dan tak suka buat...

Ada antara kiat suka buat benda yang susah dan tak suka buat benda yang senang.Kali ni,hapuskan ilusi cari konklusi membongkar beberapa perkara yang susah tapi senang dibuat dan senang susah nak buat...

Susah tapi senang nak buat

  • beli dan hisap rokok.Kebanyakkan orang akan bergadai apa saja demi memuaskan tekak untuk menghisap asap yang berlalu pergi.Pergh,walaupun harga saban tahun makin naik,macam2 iklan dah buat sampai kat kotak tu pun ada tulis 'AMARAN',,masih juagk bersusah diri menyedutnya.Susah tapi senang kan.
  • Mengumpat..:mengapa mengumpat susah tapi senang nak buat,,kerana setiap kali nak mengumpat,mesti pastikan tak kantoi daripada orang yang diumpat.Toleh kanan n kiri 10 saat sekali.Kerah idea pikir gosip terbaru.Tapi senang je nak tempiaskan bukan.
  • Potong barisan :sama ada kat ATM ke ,jalan raya ke..kat mana2 skalipun tempat yang perlu beratur,benda ni susah tapi senang je nak buat.Susah bagi orang yang ada kesedaran diri,yang tahu perasaan orang lain,dan senang je untuk orang yang tidak ada ciri yang disebut tadi.Nak potong perlu betul2 terget.Tengok selah2 dan selutkan diri.kan susah tapi senang nak buat.
  • degil..:bagi orang degil ni memang susah.Bersusah dengar leteran sepanjang masa.Tapi masih nak berdegil.Walaupun telinga bernanah dengar,namun degil ibarat buah hati pengaram jantung.susah tapi senang nak buat,
  • kedekut  : bagi orang kedekut,memang susah.Mereka yang kedekut ni sanggup bersembunyi atau mengelak dari memberi derma atau apa2 sahaja yang menjurus kepada kebajikan.Susah sangat nak hulur RM 1 pun.Tapi senang je rasa nak hulur.Orang datang mintak derma kat rumah bersusah payah cover line.Tak da duit le apa lah.


Senang tapi susah nak buat..
  • Senyum, : hakikatnya memang senang nak senyum.tapi susah sangat nak buat.Rata2 kalau terserempak buat muka direndam cuka.susah sanagt ke nak senyum.senyum guna sikit je otot muka untuk bertindak daripada muka masam.Tapi lebih ramai suka masam muka.nak exercise muka kot.
  • baca doa sebelum makan :memang senang.doa pun pendek je.Tapi kebanyakkannya main redah je.Melahap tanpa rasa bersalah.Tak tahu pulak masa makan tu berteman dengan......tau2 lah ye,,
  • berkata benar : memang sangat mudah.Tapi susah sangat nak buat,Kenapa,nak tutup lubang lah.takut pecah tembelang.Kalau pecah tembelang,susah lah hidup nanti.Kalau ditanya pelbagai versi jawapan yang keluar.Kan senang cakap benar.Bukannya sakit pun.Pahala pun dapat
  • berjimat :memang senang nak buat.Tapi susah.Asal ada barang ,trus nak beli.kan senang berjimat.beli yang perlu je.duit jimat hati pun senang.
  • solat lima waktu  :Ni perkara yang senang tapi susah sangat buat.Solat tu tak lama.5 minit je.Tak makan setengah jam pun masih susah nak buat.ingat solat tiang agama .dirikan solat maknanya dirikasn agama.kalau sebaliknya faham2lah ye.
Itulah antara yang boleh aku perah dalam keadaan malam yang panas nie...kalau sesapa yang nak menyumbang  komen dan idea...amat diharapkan.....Wassalam....

Etika makan Dalam Islam...










Entri kali ini menyentuh tentang etika makan dalam islam.Pasti soal pemakanan juga dititikberatkan dalam Islam.Hallallan Toiban..halal lagi baik.Kalau dah halal makanan ,maka semuanya selamat untuk dimakan.

Selain dari sumber halal,cara penyediaannya mestilah halal juga.Contohnya,seekor lembu mestilah disembelih ikut cara yang betul mengikut syarak dan mestilah seorang islam yang cukup syarat menyembelihnya.Kalau seekor ayam disembelih oleh bukan islam,haram untuk muslim memakannya.Walaupun ayam itu halal,tapi cara penyediaan tidak betul,haram juga jadinya.

Antara syarat penyediaan makanan:

  • Penyembelih binatang yang dimakan spt ayam,lembu dan lain2 lagi hendaklah disembelih secara Islam dan bersih.
  • Jika sudah disembelih secara Islam,hendaklah basuh dengan cara mengalirkan air pada sembelihan tersebut.
  • Cara memasaknya hendaklah sesuai dengan cara yang betul ,agar makanan itu dimasak dengan sempurna dan tidak mentah.
  • Jika menyediakan makanan daripada sayuran,sayuran itu hendaklahdibersih dengan mengalirkan air diatasnya.
Etika makan yang betul


  1. Baca Bismillah    :Membaca Bismillah sebelum makan dan Alhamdulillah selepasnya.Ingat,makan yang tidak disertai Bismillah akan disertai oleh Syaitan.
  2. Tidak makan berlebihan : Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud  "Tidak ada bekas yang diisi oleh anak Adam lebih keji daripada perut.Cukup bagi anak Adam dengan beberapa suap untuk membetulkan tulang belakangnya.Dan sekiranya ia terpaksa melakukan juga,maka satu pertiga untuk makanan,satu pertiga untuk minuman,dan satu pertiga untuk nafasnya."(H.R :Tarmizi )
  3. Makanan yang berkhasiat :Ibnu Qaiyium menyatakan bahawa Rasulullah SAW makan makanan yang kebiasaanya dimakan oleh orang2 setempat ,berbentuk daging,buah-buahan,susu,roti ,tamar dan lain2 .
  4. Duduk dengan betul ketika makan : duduk dengan betul ketika makan akan membantu proses penghadaman seseorang.Abu Huzaifah r.a berkata sabda Rasullullah SAW "Aku tidak suka makan dengan bersandar."
  5. Minuman :Ibnu Qaiyum berpendapat bahawa dalam satu minuman terhimpun padanya kemanisan asli dan kesejukkan air,adalah di antara minuman yang paling bermanfaat untuk badan.
  6. Makanan :Antara disiplin makanan yang disaran oleh Rasulullah iaitu tidak mencampurkan susu dengan ikan,di antara susu dengan makanan yanag mempunayai bahan asid,,di antara makanan yang mempunyai unsur panas diantara susu dengan telur,diantara daging dengan susu,di antara makanan yang dipanggang dengam api dengan makanan yang dimasak seperti biasa.
  7. Dilarang tidur selepas makan :Sebauh hadis menyentuh perkara ini :"Rasulullah SAW melarang tidur selepas makan dan sesungguhnya perbuatan tersebut mengeraskan hati."(HR :Abu Nuaim)
  8. Jangan minum dengan satu teguk : Rasulullah bersabda dengan bermaksud "Jangan kamu minum dengan satu teguk seperti cara meminumnya unta .Akan tetapi minum dengan dua atau tiga teguk dan sebutlah 'Bismillah' bila kamu minum dan pujilah 'Alhaamdulillah 'bila selesai minum." (HR :Tarmizi)
  9. Menjilat jari selepas makan :Kaab bin malik meriwayatkan bahawa :"Rasullullah SAW memakan sesuatu dengan menggunakan tiga jari dan baginda menjilat jari -jarinya sebelum mengesat tangannya."
  10. Mula dan selesai makanan dengan garam :Saidina Ali ada menegaskan amalan memulai dan mengakhiri makan dengan garam boleh mengelakkan dan menghilangkan 70 jenis penyakit.
  11. Makanan atau minuman yang terlalu panas dan terlalu sejuk :"Rasulullah SAW melarang makan makanan panas kecuali pada kadar yang boleh dimakan (suam)."(HR :Tarmizi)
  12. Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang : Rasulullah SAW bersabda dengan maksud :"kami adalah umat yang tidak makan kecuali apabila lapar dan apabila makan tidak sampai kenyang (berhenti sebelum kenyang)
Berikut antara etika makan yang betul mengukut Islam dan kesihatan.Tengok,betapa lengkapnya Islam.Makan pun ada tatacaranya agar kesihatan terjamin.Bukan untuk menyeksa tapi untuk kesihatan.Amalkanlah amalan ni kerana kalu amalkan bukan sahaja dapat kesihatan yang baik,malah dapat pahala juga.. Jangan lupa malakn ok...

Sunday, May 8, 2011

Surat berantai......apa tu,,,,

Pastinya semua pernah dengar tentang surat berantai.....mesti semua tahu kan apa tu surat berantai.Bagi yang tak tau,ni nak bagi tau,,surat berantai ni adalah satu jaringan pemberitahuan tentang sesuatu perkara bermula dari satu sumber.Contohnye lah,si A diberi satu surat.Dalam surat tu diminta si A memberi risalah tersebut kepada orang lain.Dan selepas itu di pasing lagi kepada orang lain.Dulu memang popular dengan surat berantai.Macam kes kat skolah aku dulu,ada satu surat berantai menyuruh orang supaya menyebar surat tersebut sebanyak 10 salinan dan bagi kepada semua orang.Dan rantaian tu terus berkembang.Kalau berjaya mengirim salinan tersebut,kita akan menerima satu nasib yang amat baik.Jika kita abaikan pula,dapat bala lah pulak.Pernah tak korang terima surat macam ni...SILA ABAIKAN YE.....


Sekarang surat macam tu dah upgrade dah...tak pakai surat lagi dah,pagai sms lagi tu.Ada satu sms yang dingat oleh aku sampai ke hari ini,sms tu berbunnyi mcm ni lah awas kepada pengguna telefon,jangan mengangkat nombor yang mana tidak bernama dan berwarna merah.Ada pulak lagi tu,nombor cari tumbal.sapa tak bagi kat orang lain peringatan tu,mak dia pulak jadi tumbalnya.Persoalannya,kenapa mesti percaya...dan sekali lagi,SILA ABAIKAN MESEJ TERSEBUT....

Kenapa aku suruh abaikan,kerana semua tu dah masuk perkara yang menggoyahkan akidah dan kepercayaan korang.jangan sekali2 percaya.Tanya kepada orang yang ahli dalam bidang agama tentang penyataan sebegini.Dulu aku pernah tanya dengan Ustazah kat sekolah aku dulu,aku bagi surat tu ,nak tahu apa tindakkan dia,dia KOYAKKAN surat tu.Dia kata buat apa percaya dengan pernyataan yang tiada asasnya.Jadi,yang penting di sini,kuatkan iman dan akidah dalam hati.Percaya semua yang terjadi atas kehendaknya.

Satu lagi,kalau korang layan jugak surat atau mesej tu,korang dah lakukan satu pembaziran.Ingat pembaziran tu budaya setan.Bayangkan kalau dalan mesej atau surat berantai tu mintak anda hantar kepada 20 orang,kalau kertas berapa duit yang akan dibazirkan untuk memfotostat kertas tu.Kalau sms pulak,berapa pulak kredit yang korang gunakan pulak.Kan tu membazir.Baik duit atau kredit tu buang guna dengan cara yang berfaedah.

Jadi,bersesuaian dengan tema blog ni,HAPUSKAN ILUSI CARI KONKLUSI ,janganlah percaya dengan benda macam ni ok.Banyak yang korang rugi nanti.Percayalah.Kalau nak keterangan yang lebih lanjut,tengoklah ulasan seorang ustad tentang surat berantai....

Fakta sihat

  1. Makanan berrempah membantu diet : Di dalam sebuah kajian yang dilakukan ,peminat rempah mampu membakar kalori sebanyak 25 % sehari berbanding dengan mereka yang tidak mengambilnya.
  2. Serat baik untuk penghadaman : Tahukah kamu tanpa serat kamu terpaksa melalui 70 hingga 80 jam untuk menghadam makanan.Serat berfungsi sebagai bahan yang dapat mencairkan racun di dalam usus dan mempercepatkan pengeluarannya dari tubuh.
  3. Timun pilihan ideal : Timun mengandungi falvoniod dan polifenol sebagai anti radang serta mengandungi asid malonat yang berfungsi meghalang gula agar tidak berubah menjadi lemak.Baik untuk sistem pencernaan dan mengurangkan kandungan kolestrol dan menuetralkan racun dalam badan.
  4. Jintan hitam cegah H1N1 : nama arabnya habbatus sauda dipercayai dapat mencegah jangkitan H1N1 .Menurut kajian dalam sebuah majalah penyelidikan  China,ia boleh digunakan dengan merendam herba tersebut dalam air suam dan airnya diminum pada setiap pagi.
  5. kepentingan sarapan pagi : Seramai 12 % pelajar yang tidak mengambil sarapamn pagi kurang tumpuanj pada akademik.sarapan pagi membekalkan zat makanan supaya otak boleh berfungsi dengan baik.
  6. Khasiat Kaffien :kaffien dpat meningkatkan kadar metabolisme badan di mana ia bertindak sebagai agen pembakar kalori.Kaffien berfungsi memecahkan lemak dan merembes asid lemak  yang mana membantu menurunkan berat badan.Tapi awas jangan ambil berlebihan.
  7. Sate dan timun :apabila memakan sate jangan lupa makan timun juga.Timun bertindak sebagai anti karsinogen yang menghalang pembebtukkan barah.Arang yang membakar sate telah mendatangkan kesan karsinogen dan timu  pula adalah anti karsinogen.
  8. Coklat : Sebuah kajian telah dilakukan di University Cambridge menyatakan pengaruh makan coklat bersifat psikologi kombinasi aroma dan rasanya membuatkan makan coklat menjadi sebuah pengalaman yang menggembirakan.
  9. Makanan organik : makananj organik harus diambil.Makanan organik menyebabkan badan mempunyai daya  tahan terhadap penyakit .

Musuh Islam dan kita...

Pada suatu hari,seorang ustaz sedang tekun mengajar anak muridnya di dalam kelas.Hari tersebut Ustaz tersebut bersedia dengan pengajarannya.Di dalam pengajarannya hari itu,Ustad tersebut mengediakan segulung tikar dan senaskah AlQuran.Murid kehairanan dengan apa yang Ustaz mereka akan dan sedang lakukan.Ustaz tersebut menghamparkan tikar tersebut .Setelah dihampar,ustad tersebut meletakkan AlQuran di tengah-tengahnya.

"Sekarang,tugasan kamu semua ialah mengambil Al Quran di tengah2 tikar itu dan kamu dikehendaki untuk tidak memijak tikar tersebut"..arahan ustaz tersebut terhadap anak muridnya.Pelbagai kaedah dan altenatif telah dilakukan oleh para pelajar.Ada yang menggunakan tongkat, dan lain2 lagi alternanif.Setelah habis mencuba,Ustad tersebut menyelesaikan teka teki tersebut.Ustad tersebut menggulung tikar tersebut dan mengambil AlQuran tersebut dengan senang sekali.

Ustad itu pun memberi kesimpulannya.
"Begitulah ibarat agama kita,Islam begitu teguh.Tentu kamu telah sedaya upaya mengambil alQuran tersebut tanpa memijaknya bukan.Pelbagai alternatif telah kamu lakukan.Akhirnya jalan penyelasaian yang paling mudah ialah cuma menggululng tikar tersebut.Ini bermaksud,musuh agama kita tidak berupaya menyerang Islam dengan terang terangan.Kalau mereka melawan secara terang terangan,mereka akan susah.Pelbagai masalah akan mereka hadapi.Jadi jalan penyelasaiannya ialah dengan menggunakan taktik tersembunyi.Mereka menebar anasir anasir yang menyesat golongan islam sendiri yang terdiri daripada beberapa saluran seperti media,fesyan dan lain2 lagi.Mereka menyebarkan fahaman mereka melalui itu.Apabila hati umat islam menjadi goyah,senang mereka melancarkan serangan terhadap islam dengan lebih mudah.Pada ketika itu,akidah umat islam lemah kerana telah disogok dengan kefahaman musuh islam.Jadi anak-anak muridku sekalaian,berhati-hatilah dengan anasir2 musuh islam yang tersembunyi dan sungguh teliti.kita sebagai umat Islam harus teguh pegangan dan akidah kita terhadap islam.Jangan biarkan mereka menginjak kita dengan mudah"

Friday, May 6, 2011

Limau Nipis :kelebihannya


Mesti semua dah tahu buah ini kan.Siapa yang belum tahu,inilah limau nipis.Rasanya memang masam.Bersaiz kecil dan berwarna hijau.bahan wajib untuk membuat sambal belacan.Tapi tahukah anda kelebihan limau nipis yang kecil dan masam ni..?

Cara menyimpan limau nipis dalam kuantiti yang banyak dengan cara merendam limau dengan bekas yang berisi pasir.Itulah petuanya.Ia akan melambatkan limau menjadi buruk.

Limau nipis sebagai ubat darah tinggi.Mesti semua terkejut bukan.Caranya adalah dengan ambil sebiji limau nipis ,perah dan minum airnya bersama segelas air .Lakukan pada waktu pagi setiap hari.Kurangkan juga pengambilan garam dalam makanan .
Ubat cirit untuk bayi.Ambillah limau nipis lalu perahkan airnya.Campur dengan minyak kayu putih sedikit lalu panaskan.Bila hangat,sapukan pada perut si bayi,lakukan 3 kali sehari.

Menghilangkan sakit kepala.Ambillah dua biji limau nipis dan belah dua..Gosokkan kedua2 limau nipis di dahi.

Menjauhkan kutu beras.Petua ni memang banyak diamalkan oleh suri rumah.Masukkan beberapa helai daun limau,masukkan bersama dalam bekas beras.jangan risau,ini akan menghalau kutu beras dari menikmati beras korang.

Menghilangkan karat dan kulat pada pakaian.Gosoklah limau nipis bercampur garam pakaian yang terkena kulat itu tadi.Jemur dibawah cahaya matahari.Setelah kering,buat sekali lagi hingga kesan kulat hilang.

Ubat kepada badan yang berbau. cari kulit limau nipis dan jadikan amalan makanan biasa.Jika tidak pun,makan sekali dengan buahnya.Hasilnya memang memuaskan.

Menegang dan memutihkan dan menegang kulit muka.Ambilah setengah kilogram pulut hitam yang sudah dibasuh ,dijemur kering dan ditumbuk halus ,sebiji limau nipis diperah jusnya.,dan sebiji telur ayam.Gaulkan dan sapukan ke muka.Jadikan sebagai mask.Bila kering,cuci muka dengan air suam.


Penyembuh sengal.Ambil sebiji limau nipis dan kapur sireh sebesar ibu jari.,Limau nipis dibelah 2 kemudian masukkan kapur di tengah.Gosokkna di tempat yang sakit pada sebelah malam.
 
Berikut antara bebaikan dan khasiat limau nipis.Amalknlah selalu kerana ianya sumber yang senang didapati berbanding jenama pasaran yang tidak terjamin keselamatannya.Selamat mencuba...

Nur Kasih the movie

Pastinya semua dah tahu bukan Nur Kasih the mivie akan menyerang panggung pada 19 May nanti bukan..kalau tersilap betulkan eyh.Drama Nur kasih merupakan drama yang paling popular dan berjaya dengan jayanya setakat ini dimana sudah 2 kali atas permintaan penonton agar diulang siarannya.

Apa istimewanya Nur Kasih ni?Istimewanya ialah barisan pelakonnya yang mantap.Lakonan yang menggamit hati penonton dengan mesej atau penyampaiaan yang tidak terlalu berat.Serta filem ini turut menjalani penggambaran di luar negara menampilkan kelainan dari drama lain.

Pasal movie pulak,seperti kesinambungan kisah drama Nur kasih yang pernah disiarkan dahulu.Kehidupan mereka setelah berumah tangga dengan lebih detail lagi.Promonya saja sudah digilai.Bagaimana pulak sambutannya  nanti.


Saksikanlah trailernya ok.....tak sabar nak tengok...


Ilmu hitam,:Jenis dan tanda

Ilmu hitam ataupun sihir merupakan perbuatan yang dilaknat oleh Allah.Dari segu bahasa sihir bermaksudsesuatu yang tersembunyi dan halus.Sihir memang benar2 berlaku.Bukannya dongengan ataupun tipuan.Sesiapa yang pernah mengalaminya sahaja tahu akan hakikat bpenderitaan penyakit sihir ini.
Abu Muhammad al -Maqdisi mendifinisikan sihir sebagai azimat,jampi,mantera dan sipulan tiupan yang memberi kesan kepada hati dan tubuh.Jadi,jangan bersikap sambelewa akan penyakit sihir.

Jenis danTanda terkena sihir

Sihir gila
Tanda2
  1. Sering meracau-racau
  2. Mata terbeliak
  3. Sentiasa tercengang2 dan lupa
  4. Tidak tentu satu2 tempat
  5. Tidak mengambil perhatian semasa melihat
  6. kerap kali berjalan waktu tidur
Sihir jenis ini merupakan sihir yang mana jin diperintah oleh tukang sihir memasuki otak dan menguasai otak mangsa daripada mengingati ,dan menggunakan ilmu2 Allah.


Sihir histeria
Tanda2
  1. terdengar orang memanggil dan menyeru namanya di dalam tidur.
  2. Mendengar suara yang mengejutkan tapi tiada siapa disisinya
  3. Diganggu mimpi yang menakutkan
  4. Banyak syakwasangka dan was2
  5. Nampak binatang mengejarnya dalam mimpi
  6. Sentiasa mengensyaki keluarga serta rakan2nya.
  7. Nampak binatang2 mengejarnya

Tukang sihir akan mengirimkan jin untuk mengganggu mangsa sama ada dalam keadaan jaga mahupun  tidur.Jangguan boleh jadi dalam pelbagai rupa seperti penampakan lembaga menakutkan,binatang yang mengejar,dan menyeru manusia denga  suara yang ganjil.Boleh membuat mangsa menjadi gila dan jika ganguan lemah cuma boleh membuat prasangka terhadap kawan.



Sihir sakit
Tanda2
  1. Lumpuh sebahagian anggota
  2. menjerit berganti2
  3. lumpuh seluruh badan
  4. salah satu pancaindera akan rosak
Bagi membezakan antara penyakit betul ataupun terkana sihir,ketika membaca alQuran,jika ada tindak balas seperti pening kepala,badan bergetar atau tanda2 yang tidak normal,itu tandanya sihir.jika tidak,boleh berjumpa dengan doktor perubatan.



Yang dinyatakan tadi merupakan antara sihir2 yang popular yang kerap digunakan bagi menyusahkan hidup orang lain.Sihir2 ini menjadikan manusia sukar untuk mengingati Allah.Jangan dianggap dunia yang serba moden ini gangguan seperti sihir itu pupus ditelan zaman.Selagi ada perasaan dengki ,khianat,dan prasangka,sihir akan terus wujud dalam kehidupan kita.Jadi berwaspadalah...

Thursday, May 5, 2011

Diet:Amalan yang boleh dan tidak boleh dilakukan



Mesti ramai individu yang menginginkan susuk tubuh yang cantik dan menjadi pujian orang.Dan tentu menyebabkan tekanan bagi yang berbadan comel kerana sering dipandang rendah oleh orang lain.Oleh itu,wujud perasaan ingin berdiet agar dapat menghakis rasa rendah diri dan membentuk susuk tubuh yang menarik.Tekanan ini sangat baik supaya orang yang menghadapi masalah badan supaya berusaha memsatikan badan sentiasa fit.Tapi boleh juga menjadi negatif jika cara berdiet yang salah diamalkan.Berikut adalah amalan yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan:

Yang boleh dilakukan
  • Olahraga :Lakukan olah raga sekurangnya 30 minit setiap hari.Olah raga terpulang kepada anda.Antara olahraga yang boleh diamalkan seperti joging,berjalan kaki,aerobik,sit up,latihan senaman yang bersesuaian,reakreasi bersama keluarga dan lain2.Kalau tidak ada masa,cukuplah dengan berjalan dengan pantas atau gunakan lebih kerap tangga daripada lif.Itu pun senaman juga namanya.
  • Makan ikut waktu : berdiet bukan beerti tidak makan langsung.Itu adalah tanggapan kuno.Jangan amalkannya lagi.Pakar pemakanan mencadangkan 5 hingga 7 kali mengambil makanan yang ringan untuk membantu meningkatkan metabolisme badan .Dan paling penting jangan skip 3 menu diet utama iaitu sarapan ,makan tengah hari,dan makan malam.Kalau badan tak ada tenaga,bagaimanan nak membakar lemak.
  • Ajak orang terdekat makan bersama: libatkan orang yang terdekat.Pilih menu yang seimbang dan sihat.Dengan itu dapat menghasilkan perisai kepada diri sendiri supaya tidak terlebih mengambil makanan.
  • Makan makanan yang sihat : Kalau nak sihat,mestilah makan makanan yang sihat.Jangan main koboi je.Ambil makanan yang berkhasiat dan elakkan makan yang sudah berproses.Dah tak asli.Gantikan keropok ,gula2 atau apapun makanan ringan dengan buah atau yang menyihatkan.
  • Sentiasa lebih kreatif : Menjadi kreatif dalam penyediaan makanan yang kamu makan.Mestilah akan jemu kalau asyik makan bubur ke sepanjang masa.Pelbagaikan masakan.Jadilah seperti seorang chef yang kreatif.

Hindari

  • Meninggalkan terus makanan kesukaan : Itu bukan berdiet,itu menyiksa diri namanya.Bukan sahaja menyiksa diri,,malah usaha diet kamu sia sia kerana keinginan untuk memakan makanan yang disukai semakin tinggi.Boleh memanjakan diri untuk memakan makanan yang disukai seminggu sekali.Tapi jangan lupa workout pastu.
  • Menyerah dan mengalah :Jangan sesekali menyerah sebelum bertempur.sia sia saja usaha anda sekiranya anda berputus asa ditengah jalan.Ambil sesuatu sebagai motivasi.Contohnya pupuk sikap cemburu terhadap rakan yang mempunayi susuk tubuh yang cantik dan berusaha untuk jadi lebih baik.Jangan sekali2 berputus asa.
  • Stress : Tekanan itu bagus.Ia akan terus memotivasikan diri.Dan ianya menjadi negatif sekiranya dilakukan dengan cara yang salah seperti pengambilan pil diet.Pil diet tidak bagus diamalkan kerana dikuatiri memberi kesan sepada hati dan buah pinggang.Cari pakar dalam diet .Minta nasihat dan tunjuk ajar daripada pakar.
  • Diet yang terlalu ketat :Berdietpun ada batasannya.Seperti sebuah komputer yang tidak berhenti berjam2.Mestilah rosak.Begitu juga badan,jika terlalu memaksa akan mengakibatkan kulit berubah pucat dan kuku jadi rapuh.Itu petanda anda mengamalkan diet yang salah.

Berdiet memang dianjurkan tetapi biarlah dengan cara yang betul.Jangan salah cara,nanti badan binasa.Pengambilan air yang banyak juaga penting kerana air meningkatkan metabolisme badan.Senang kata minumlah air 2 botol, besar sehari.Efek pun tak de.Tapi Jangan pula sekali gus.Perut kembung pulak nanti.



 *Nak jadi sampai macam nie ke???





P/S :Cara paling mudah ikut piramid makanan ni.

Osama Atau bukan???

 Inilah isu hangat yang berlaku kebelakangan ni.Osama mati di bom.Tapi persoalannya adakah Osama yang sebenarnya yang dibom ?Betulkah atau tulenkah gambar Osama ini.?Sudah di war2kan oleh President Amerika Syarikat tenteng kematian Osama berdasarkan suma kepada satu gambar sahaja.Cukupkah gambar sahaja menjadi bukti kepada seluruh dunia?

Kalau bagi aku lah,memang ada yang tak sama.Malah gambar ini meragukan.Seperti Tak da kaitan dengan Osama Ladin.Mungkin Amerika ingin dianggap sebagai hero kerana saban bertahun digelar pengganas.Hero ke?Satu negara diserang demi menumpaskan satu gerakkan sahaja.Apa rasionalnya.?Mungkin juga rancangan menyelamatkan nama Amerika yang sudah busuk di mata dunia.?Mungkinklah?

P/s:Propaganda ke kot...

Wednesday, May 4, 2011

Kurang Vitamin apa jadi?????

Ha,,ni entri pasal tak cukup vitamin.macam yang ada pada gambar kat atas tuk.Yang ni terlebih kurang vitamin.Tapi kesian kat negara mereka memang kurang sumber nutrisi yang mencukupi.Kita yang hidup kat negara yang kaya dengan sumber ni sepatutnya bersyukur.Janganlah bertindak secara tidak bersyukur seperti minum arak,merokok,makan pil dan yang lain lagi lah.
Ok kta masuk tajuk entri ok.Vitamin penting untuk tubuh badan.Vitamin merupakan zat senyawa kompleks yang berfungsi untuk membantu pengaturan @ proses tubuh.Jika kekurangan vitamin,tubuh akan terdedah kepada penyakit.pada dasarnya vitamin terbahagi kepada 2jenis iaitu vitamin yang larut dalam air dan vitamin yang tidak larut dalam air.Vitamin yang larut dalam ialah vitamin B dan Vitamin c.Vitamin yang tidak larut dalam air pula ialah vitaminA,D,E,dan K.

Kalau kurang vitamin tentu datang penyakit kan.Antara penyakit kekurangan vitamin ialah:

  • Vitamin A  :Rabun senja,katarak,jangkitan saluran pernafasan ,menurunya kurang daya rahan tubuh,dan kulit tak sihat
  • Vitamin B1 :Kulit kering,kulit bersisik,dan sistem daya tahan tubuh berkurangan
  • Vitamin B2 :Turunnya daya tahan tubuh,kulit kering bersisik,kulit kering dan bibir pecah2
  • Vitamin B3 :Terganggunya sistem pencernaan,otot mudah kejang,insomia,mudah muntah dan mual2
  • Vitamin B5 :Otot mudah kejang,sukar tidur,dan kulit pecah2
  • Vitamin B6 :Kulit pecah2 ,insomia
  • Vitamin B 12:Kurang darah atau anemia,mudah penat dan lesu,penyakit pada kulit,dan sebagainya.
  • Vitamin C :Mudah dapat jangkitan pada luka dan gusi berdarah.
  • Vitamin D :Gigi akan lebih mudah rosak,otot mengalami kejang2,pertumbuhan tulang tidak normal yang biasanya bentuk betis kaki akan berbentuk seperti huruf O atau X
  • Vitamin E :Resiko mandul ,gangguan saraf,dan otot.
  • Vitamin K :darah sukar membekubila terluka,pendarahan di dalam  tubuh,

Kalau takut terkurang vitamin Tubuh badan sendiri,rajin2 lah amalkan piramid makanan yang mudah dan simple ni.Jangan aysik makan ayam KFC,Cola,junk food dan sewaktu dengannya.Tak susah nak senang lagi susah nak susah.Sekadar renungan bersama.




*Alamak ,terlebih vitamin sudah,,,,,,

Khasiat Kopi

Inilah kopi atau lebih betulnya biji kopi.Sesapa yang tak pernah tengok biji kopi yang real punya,pergilah kat kedai-kedai cina atau kedai2 kekacang.Kat situ ada jual kopi fresh.Aroma kopi ketika dihancurkan memang harum.Lagi lagi sesapa yang gila kopi nie.Tapi korang tahu ke khasiat kopi dan kegunaanya..

  • Kopi boleh digunakan sebagai pengubat segugut...Ambil satu sudu makan kopi campurkan dengan air yang mendidih.Jangan ditambah gula dan biarkan sebentar.Suam2 kopi tu bolehlah diminum.
  • Menghilangkan bahang panas...iaitu ketika tangan melecur.cara nya pula ilah ambil sedikit serbuk kopi,dan taburkan di tempat yang terkena panas tadi.Insya Allah legalah kesakitan tu nanti.
  • Cegah mengantuk...minum  air kopi panas  waktu malam
  • Menghilangkan bau hamis periuk belanga...Caranya tuangkan secukupnya sisa kopi ke tempat yang baru sahaja digunakan.Perapkan sebentar kemudian cuci dengan sabun.
  • Membakar lemak...kopi boleh membakar lemak kepada sesiapa yang ingin menguruskan badan.
Itulah antara serba sedikit info tentang khasiat kopi.Tapi nak inagtkan disini,kalau peminat yang amat mengilai kopi ,jangan terlebih mengambil kopi.Kerana kopi mempunyai kadar kaffien yang tinggi.Nanti ianya akan memberi kesan pada jantung dan badan.Selamat mengamal....dan jangan lupa bersederhana itu lebih baik .


*Nyum2 kopi secawan!!!!!

Monday, May 2, 2011

Khasiat madu

MADU......sejenis makanan yang diketahui mempunyai berjuta khasiat.Madu yang dijual di pasaran tu adalah madu yang telah diproses dan tidak asli lagi.Kalau tak asli maknanya khasiatnya pun kena diskaun lah..Madu merupakan raja makanan kerana terkandung banyak khasiat di dalamnya.
Antara khasiatnya:
  • Madu boleh digunakan untuk rematik  dan meransang kerja saraf otak.
  • berguna untuk segala macam penyakit yang disebabkan oleh keracunan
  • boleh digunakan untuk penyakit dan gusi
  • boleh digunakan untuk segala macam penyembuhan luka
  • madu telah digunakan oleh doktor moden untuk penyakit barah perut ,pendarahan dalam usus,malaria,demam campak dan keracunan
  • madu merupakan antibodi dalam melawan segala jenis penyakit
  • boleh digunakan oleh mereka yang sukar tidur dan juga untuk penyakit pening dan sakit kepala.
  • juga boleh digunakan untuk orang yang ketagih minuman keras
  • madu mengandungi vitamin B dan C berguna untuk kesihatan tubuh dan memperkuat daya ingatan
  • boleh mengubati sakit perut
  • dapat membuang kotoran pada usus kecil dan besar
  • dapat mengubati ketagihan dadah dengan cara madu dicampur air bunga mawar yang panas lalu diminum
  • dapat melawas air besar
  • boleh memutihkan gigi
  • boleh mencerahkan mata
  • boleh memutihkan gigi
  • menghilangkan banyak kahak
  • menghilangkan pati candu di dalam rokok yang melekat di dalam paru2
  • menghilangkan kesan terkena api,air panas ,minyak panas, dengan cara menyapu madu lebah ke tempat yang terkena .
Madu yang dimaksudkan kat sini ialah madu asli.Rata2 madu yang dijual di pasaran adalah tidak asli keran telah diproses dan ditambah dengan bahan asing seperti gula dan pengawet.

Dan pantang terbesar dalam penggunaan madu ialah JANGAN SEKALI KALI MENCAMPURKAN MADU DAN TEMBIKAI KERANA IANYA MENGhASILKAN RACUN DAN BOLEH MEMBUNUH.....Harap faham ye...






Sunday, May 1, 2011

Kucing kucing kucing

Kucing merupakan makhluk tuhan yang mengkagumkan.Banyak yang memelihara kucing.Tapi tahukah korang apa yang menarik tentang si manja ni.Antara keistimewaan kucing:
  • merupakan haiwan yang disayangi oleh Nabi Muhammad.
  • mampu mentafsir emosi pemiliknya
  • membelainya dapat mengurangkan sterss.
  • kucing  mempunyai deria penglihatan lebih tajam daripada manusia dan boleh melihat dalam gelap
  • kucing dapat melihat benda-benda yang tidak dapat dilihat oleh manusia.Contonya seperti dapat melihat jin.Kucing akan menunjukkan simtom seperti tidak selesa,tidak keruan,meracau,dan berperangai pelik.(berdasarkan pengalaman.
  • kucing berupaya menjadi bodyguard kita.Kucing dapat melindungi rumah kita daripada serangga,perosak,parasit dan juag binatang berbahaya.aku pernah berpengalaman kucing aku membawa seekor ular belang kuning yang baru dibunuhnya.Dan satu lagi keistimewaan kucing aku ni ia mampu mengajar seekor anjing..apa korang rasa,,,
  • Air liur kucing merupakan agen pembersih yang penting bagi kucing.Ia akan membersihkan dirinya dengan menjilat badanya.samalah macam kita mandi pakai sabun. dan bahagian paling akhir dibersihkan oleh ia adalah tempat buang hajat tue.gerenti dapat agak kan.
  • kucing mampu melompat dengan selamat dari tempat setinggi bangunan 3 tingkat.kakinya menyarap hentakkan dari tempat ia mendarat.so jangan risau kaalau kucing kita tu melompat dari rumah ya.
  • diet kucing memang banyak.ia boleh makan ikan,memburu binatang lain seperti tikus ,burung,belalang,pepatung,cicak,dan binatang-binatang lain yang boleh dianggap  sebagai makanan termasuklah si ularberdasarkan pengalaman...hehe..
  • kucing yang paling bernilai dan digilai ialah kucing jantan yang mempunyai tiga warna .kebanyakkn kucing yang memnpunyai 3 warna adalah betina kerana tiga warna nie boleh dikatakan sebagai kromosom mereka.Jadi jika yang jantan mempunyai 3 warna,,kemungkinan kucing jantan tu mandul.
  • kucing menghasilkan bunyi vokal lebih banyak daripada anjing
  • kucing suka explore mana 2 tempat baru.contoh nya jiak kita membeli kotak,ia akan datang pada kotaak tu dan akan bermain2 dengan,tidur di dalamnya dan kebarangkalian akan mengoyak kotak tu.
  • istilah 'sifat ingin tahu membunuh kucing' memang popular dikaitkan dengan haiwan ini.Istilah ini benar.kucing mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi.Ia akan menyiasat apa 2 yang baru dan asing di sekelilingnya.tak kira apa.sebab tu lah kadang kadang kita ada lihat kucing cedera ataupun mati akibat sengatan ular,dilanggar kenderaan.tak tahan tengok lah.
  • kucing merupakan peneman baik manusia walaupun gelaran itu jatuh kepada anjing,
Itulah antara kelebihan dan keistimewaan kucing.Sangat istimewa. 






 Comel kan kucing nie...hahaha