Tuesday, May 17, 2011

Rawatlah kakimu........



Tidak dinafikan,kaki merupakan anggota yang penting bagi kita.Di tapak kaki kita sahaja terdapat pelbagai titik saraf yang berhubung kait dengan organ dalaman badan.Ajaib kan ciptaan tuhan terhadap tubuh badan kita.Namun kaki perlu dijaga supaya ianya tidak menggangu kesihatan badan kita.

Cara menjaga kaki
Kaki letih dan lesu ;
Buat larutan garam yang terdiri daripada 2 sudu garam laut digaul dengan satu liter air panas,rendam dalam air larutan garam tersebut.Pasti kaki akan merasa lega....besttt...

Kaki pecah2 :
Hiris betik muda dan sapukan getahnya pada kaki yang pecah2.Lakukan selepas atau ketiak mandi.Selain itu tadi,satu lagi petua untuk kaki pecah.caranya sapukan tempat yang pecah2 dengan asam jawa yang telah masak kemudian tunggu sehingga kering.Lakukan setiap hari:}

Kaki melecet :

Kaki berbau :
Ini merupakan masalah yang amat besar bagi kaum adam.kaki berrbau merupakan maslah yang memalukan dan amat menganggu.Cara membuang baunya ialah dengan cara menyapu limau nipis pada kaki sebelum memakai kasut.


Kulit kaki kering :

Potong hujung timun,biarkan sampai keluar getahnya dan gosokkan hujung timun yang bergetah itu pada kaki.Lakukan berapa kali sampai berkesan.


Kulit kaki bersisik:

Gosokkan buah mengkudu yang sudah masak pada kai yang bersisik.


Itulah antara petua yang untuk semua.Jiak ada petua lain tentang rawatan kai,sila-silalah komen  ye....

1 comment:

Tuan Jrule said...

haha....tq diterima dengan sama2....